Saturday, December 20, 2008

JALAN BERGOSONG BESAR KINI GIAT DIBINA


TAWAU: Kira-kira 1,200 penduduk di kawasan Kg. Bergosong Besar, Bergosong Kecil dan sekitarnya di Pulau Sebatik di sini, dijangka bakal mendapat manfaat besar apabila Jalan Bergosong Besar dan Jeti Pemunggahan Hasil Tani bernilai kira-kira RM 1.5 juta, siap dibina menjelang tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik, Haji Abdul Muis Haji Picho memberitahu, ketika ini pihak kontraktor sedang giat melaksanakan kerja-kerja membina Jalan Bergosong Besar terbabit sepanjang 1.2 kilometer, yang merupakan penghubung di antara kawasan kampung dan jeti yang bakal dibina.

Jelas beliau, pembinaan kedua-dua prasarana berkenaan adalah sebagai kemudahan dari kerajaan untuk penduduk mengeluarkan hasil tani mereka, berikutan selama ini mereka terpaksa bergantung kepada jeti lama yang kedudukannya tidak sesuai kerana terletak di kawasan sungai yang berliku.

“Jeti lama sebelum ini terletak di kawasan sungai yang berliku dan apabila air surut, perahu atau bot tidak dapat melaluinya melainkan terpaksa menunggu air pasang semula yang memakan masa lebih kurang empat jam,” katanya.

Selain untuk kemudahan memunggah hasil tani, jeti tersebut jelasnya boleh dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan lain termasuk pada saat-saat kecemasan, seperti ketika ingin menghantar penduduk yang sakit pada waktu malam ke Hospital Besar Tawau yang terletak di bandar Tawau.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual semasa beliau mengadakan tinjauan melihat kerja-kerja pembinaan jalan tersebut dilaksanakan, di Kg. Bergosong Pulau Sebatik kelmarin.

Dalam hal berkaitan, Muis memberitahu bahawa peruntukan membina jalan dan jeti telah diberikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika beliau melakukan lawatan kerja ke Pulau Sebatik, Jun lepas.

“Kita amat berterima kasih di atas keprihatinan YB Tan Sri Muhammad kerana memberikan peruntukan tersebut. Secara tidak langsung, peruntukan terbabit memberi satu lagi kemudahan untuk penduduk luar bandar di Pulau Sebatik ini dan kita benar-benar menghargainya,” kata beliau lagi.

Dalam hal berkaitan, Muis turut menyeru seluruh masyarakat di kawasan DUN Sebatik agar terus memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN), yang selama ini tidak pernah putus-putus membawa pembangunan ke seluruh pelusuk negara.

“Dengan adanya sokongan padu daripada rakyat, pelbagai perancangan dan program yang diatur kerajaan tentunya akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sempurna,” katanya lagi.
...
Kunjungi juga Tawau Kini dan Tawau News

7 comments:

Anonymous said...

Syabas kepada ADUN Sebatik atas manfaat yang disediakan untuk penduduk-penduduk Pulau Sebatik.

Anonymous said...

Tahniah juga...

Anonymous said...

http://www.tawaukini.ning.com/ nih ndak bleh masuk...ada cara lain ka...?

The Reporter said...

kalau mau masuk Tawau.Ning.com, taipkan addnya di bahagian addressnya di atas...

Anonymous said...

The Reporter...

I think he/she (anonymous) also unable to access your other site same as me. Kalau guna Celcom Broadband confirm ndak boleh masuk. Kena guna Streamyx atau yang lain selain daripada Celcom.

Pity me :(

Nabong Nadzz said...

xda elaun utk org balik mengundi ka?

Anonymous said...

jalan sdah rosak 60%...kmalangan sering tjadi.